Tanjat kita.

Semalam bertalu-talu wordpress punya notification masuk. 

WordPress saya diwujudkan atas dasar suka-suka. Masa sekolah dan bujang saya ada 2-4 blog, bila baca balik, saya delete. Sebab saya rasa mcm ada penyakit jiwa (emo terlebih), ayat nak deep saja. Gitu. 

Hehe, patutlah, kakak tampal link kita kat blog dia. U made me kraiiii kak Moon 😭. Kat kantin tempat kerja pula tu. Sob sob. Nasiblah orang nampak ke tak. Ailabiyu. 

Nanti kita update lagi pasal Mat Rapik. Sebab mungkin ramai nak tahu. Dia okey je. Tengok perut dia! Kah kah kah! 

Doakan kami agar kami tabah menempuhi segala cabaran. Supaya Rafiq dapat membesar seperti kanak-kanak lain. 

Ok nak siap pergi kerja. Yosh 💪🏻.

Mengurangkan rasa tak best malam ini

Dengan menulis tentang sahabat. 

Semakin dewasa semakin kurangnya orang yg kita boleh panggil kawan. Lebih2 lagi kalau kita sudah berumah tangga. 

Dgn kerja sebagai seorang retailer, aku hilang byk kawan sbb tak dpt join planning2 happening ketika weekend, terlepas kenduri, terlepas majlis dan sebagainya. 

Dan aku semacam rasa ada yg sampai hidden news feed dia dari aku pun ada kot 😂. Tapi lantak dia lah kan. Tak ku pasti mengapa ini terjadi. 

Dah tua2 begini kalau ada seorang yg faham dan link dgn aku dlm sarkasm, yg sanggup dengar kesusahan aku, yg menangis tiba2 dgn aku (kah kah), yg happy masakkan utk aku, terima aku apa adanya, itu dah cukup bagus bukan? 

Aku cuma harap kami boleh berkawan sampai bila2.

Libang- libu

Assalamualaikum ❤️.

Bila aku baca balik entri 29 perkara yang saya pelajari tu sebenarnya baru 19. Adakah aku tak reti sistem nombor sudah? Atau aku fikir aku 19 tahun? Kah kah kah. Nantilah sambung. 

Kepala aku betul-betul serabut dua tiga hari ni. Memikirkan banyak benda sampai jerawat naik mendadak.

1- tadika Apik. Tahun depan dia dah 6 tahun. Peningnya nak cari. Rasa nak hantar dekat-dekat. EIP kebanyakkan jauh dari rumah. Takut terkejar-kejar dari tempat kerja. 

2- hal pengasuh. Hmm. Kami kerja retail mmg susah nak cari penjaga yang boleh jaga Apik di hari Sabtu dan Ahad. Cuti weekend kami cuma dua hari sebulan. Hmm. Dan hmm lagi.

3- besok loss meeting. Aku paling tak suka masuk meeting yang menyakitkan otak, dan jantung ni. Bukan apa, dah tua-tua bangka kena maki dgn ayat-ayat kasar ni rasa boring gila. Loser habis. 

4- tak sama shift dgn laki aku start August. Refer no 2. Wooo wooo. Nanti aku nak makan dgn siapa. Okay mengada sgt kau ni! Aku boleh je makan dgn siapa-siapa. Cuma lepas ni aku kena drive sorang. Malasnya 😑. 

5- hal gaji staff. Sian dia kerana kelupan aku menyebabkan gaji sehari terpotong. Insentif bulan raya mungkin tak dapat. Ya Allah, aku harap sgt hal ni boleh diselesaikan. 

Oh ye, enough of negativity list. Aku cuba senaraikan benda best yang berlaku dua tiga hari ni:

1- fair aku dah habis. Tak payah pening-pening nak kemas mainan. Bosan woi. Dengan staff tak cukup. So, yeay 🙏🏻.  So sekarang fokus department, kurangkan inventori. 

2- aku baru start jual pepium 🙈. Saja nak cari duit poket. Tak pernah aku menjual brg. Satu je jangan malu mengaku yg kau jual 😅. Aku bersyukur sebab permulaan, promoter aku sporting habis. Siap ada yg bawa balik promote kat adik-beradik 🙈. Customer pertama aku pun sporting, baru jual 3 botol kecik dah rasa best gila 😝. Alhamdulillah. 

3- apik akan berada dgn pengasuh selama 4 jam je. So tidur malam dia boleh control dah. Takde la tidur petang bangkit pukul 8 pm. Kau rasa malam tu dia nak tidur pukul berapa pula? Rujuk list pening no 2, no 4. 

4- lepas ni byk projek cantikkan rumah. Aku kalau partner aku bersemangat, sure projek tu sukses. Pasni nak beli rak dinding. Nak susun buku-buku aku yang  tak habis baca tu 🙈. Then nak jahit curtain tutup bawah dapur. Perghh heksaited iols. 

5- lagi dua hari cuti nak balik kat omak den. Gindu eh nenek Non.

Itu sajalah, aku dah byk merapu. Ok selamat malam dunia ❤️.

29 Perkara yang saya Pelajari pt 2 (lagi 19)

11- Laundry symbol: Benda ni penting, ambil lah tahu sikit-sikit supaya kau tak terkejut kenapa baju kau boleh koyak besar selepas 2 kali basuhan, lepas tu bising-bising nak buat refund kat kedai baju.

12- Kebolehan memasak boleh dipupuk melalui amali berulang kali: Trust me, aku useless gila kat dapur. Buang kulit bawang putih pun ambil masa, expert lagi adik ipar aku. Sobs. Kunci dia, buatlah berulang kali. Sama macam masak, try and error. Lama-lama nanti mesti ada masakan yang boleh kau masak. Faham ke?

13- Memandu kereta: Aku rasa semua wanita kena tahu memandu kereta, ok lah kalau tak kereta pun bawa motor lebih-lebih lagi yang sudah berkeluarga. Sebagai contoh, (kita tak minta) kalau suami kita sakit dan perlukan rawatan segera, kalau tak kita yang jadi superwoman bawa dia ke hospital nak harap siapa lagi kan?

14- Buku/ bahan bacaan: seminggu yang lepas aku ternampak statement begini dari seorang kawan lama yang hipster, “kumpul buku jadi hiasan, nanti-nanti bacalah”.  Aku rasa ramai macam ni pasal aku spesis macam ni. Hahaha, bolehlah tambah rak buku eksklusif kat rumah macam rumah Professor. Kah kah kah.

15- Sekali sekala curi masa buat benda yang kita suka: Bila dah kahwin ni, lebih-lebih lagi perempuan, mesti banyak benda yang dulu kita suka buat, kita tak buat dah sebab kita rasa tak perlu. Ikut suka andalah kan, yang penting anda happy. Macam aku, aku suka tengok wayang, tengok live show etc etc. 5 bulan sekali kalau ada masa sesuai, aku dengan suami akan curi-curi pergi tengok movie.

16- Perubahan: Perubahan tu bagus kadang-kadang kalau kita redha. Siapa tahu perubahan itu adalah perubahan yang positif. Wow, optimisnyaaa diaaa (kata kat diri sendiri).

Contoh bila kau rasa kau kena ubah pemakaian kau kepada pakaian yang longgar-longgar ala Lisa Surihani. Dulu aku selalu rasa macam boring kalau laki aku suruh pakai baju lepas buntut, sebab I dont have any. Yaa sadis, sebab baju aku kebanyakkan dari zaman bujang di mana aku try so hard nak jadi Korean chick. Tapi lepas badan macam gemuk gila, aku rasa patut aku tukar cara pakai baju. Kan bagus tu, tak mengundang mata-mata liar, sejuk je laki kau tengok. Haha.

17- Penggunaan handphone yang fully utilized, kredit pun sama: Janganlah biasakan telefon anda tak cukup bateri. Tolong pastikan handphone sentiasa ada bila di luar. Kalau ada apa-apa emergency macam mana kan? Simpan nombor-nombor penting dalam handphone dan dalam buku nota. Ini terjadi kat aku masa 3 tahun lepas. Kereta mati tak boleh start masa nak pergi kerja, handphone ada kat boyfriend (tertinggal dalam kereta), lepastu kau tak ingat pula nombor dia. Sadis, aku menapak dari rumah sewa sampai ke jalan besar cari public phone, takde plak kat area rumah sewa aku. Sampai aku kena pinjam telefon akak jual kuih untuk telefon handphone sendiri. Dapat pulak boyfriend tidur mati. Last-last teringat aku ada simpan nombor bakal biras kat buku nota. Aku contact pakai broaband cabuk yang bole bagi sms tu.

Minta kak Moon call Talib suruh datang selamatkan diri. Sedihnya bila taip balik (T_T)

18- Jangan susahkan apa yang mudah: Perempuan memang suka buat susah, buat teruk dan menambahkan kerumitan. Aku rasa perempuan kena give and take dengan nature, mudahkan benda yang kau rasa boleh settle sebenarnya. Sebagai contoh, bila kau suruh laki kau pilih tempat makan tengah hari. Bila dia sebut mamak, kau tak nak pergi pula. Padahal kau yang suruh dia pilih tempat makan.

Contoh lain, kalau ada orang sibuk-sibuk buatkan kerja kau. Bersyukur je sebab dia dah mudahkan pekerjaan kau. Huhu.

19- Seluar Jeans vs baju : Kalau kau beli 2 tahun sekali pun tak apa sebab seluar orang tak perasan sangat kalau pakai berulang. Pilih warna yang universal sesuai dengan usia. Hajat di hati nak beli jeans koyak-koyak tapi suami tak bagi. Tapi kalau baju, belilah 3-5 bulan sekali ke ikut kemampuan masing-masing.

Saya terbau sesuatu yang busuk

Ini terjadi 2, 3 hari yang lepas masa aku tengah kerja.

Petang yang aman hari itu, aku kena kerja seorang kat department. Masa aku nak pergi turun office, tiba-tiba aku nampak kelibat dua orang budak lelaki tengah tengok-tengok mainan. Adik- beradik aku rasa sebab muka sama, seorang abang dalam darjah 3, seorang lagi adik mungkin darjah 1.

Aku macam terpaksa kensel -kan hajat turun ke office, sebab aku tak nampak pun parents dua beradik ni. Ye puan-puan, kalau anda biarkan anak anda berkeliaran tanpa pengawasan, memang kami assume ada cubaan mencuri. Maaf, hashtag #buruksangka.

Aku pun berlegar-legar dekat dengan diorang sambil buat susun-susun barang.

Si abang bersuara;

” Eh kau kentut ye, busuknyaaa ?? “, tanya kepada adiknya.

” Eh mana adaa..”, sambil geleng-geleng. Jawab adik.

Tiba-tiba memang bau kentut naik semerbak kat area tu. Aku dah naik pening membaunya. Budak ni dah berapa hari tak mencuci kolon agaknya.

Bila diorang nampak aku makin dekat menyusun barang, diorang pun pergi kat tempat lain sambil main-main barang kat shelf. Aku intai adik dia, sebab dia tengah pegang Nerf sebiji di tangan. Abang tengah syok main mask Captain America.

Aku nampak si adik tu macam meneran/ tahan berak/ kemut-kemut macam tu lah lebih kurang 3, 4 kali jugalah sampai aku naik risau kalau-kalau dia terpoo poo kat situ. Kelibat mak belum kelihatan.

Tak lama lepas tu, aku nampak sang emak datang. Lega aku, hahaha. Emak tak bagi beli Nerf tu sebab tak berfaedah. Diorang pun pilih-pilih lagi. Kali ke 4 aku nampak lagi si adik meneran/ tahan berak/ kemut-kemut.

Tak boleh jadi!

Senyap-senyap aku panggil si abang tanpa pengetahuan emak diorang.

“Dik akak rasa macam adik awak tu nak terberak je”

Kah kah kah. Tak sangka aku pergi berinteraksi sebegini. Si abang pun tanya slow-slow kat adik, tapi dia tak mengaku pun nak terberak. Bila si emak dengar abang tanya macam tu, mak pulak double confirm dengan si adik. Tapi budak tu tanak mengaku.

Haih, geram aku. Jangan kata aku tak tau muka budak meneran macam mana. Muka dia tu sebijik macam Rafiq meneran berak keras zaman-zaman dia pakai pampers tau #motherhood.

Aku rasa dia tak nak pergi toilet sebab takut emak dia tak belikan apa-apa toys. Hahahaha. Kadang-kadang kerja aku ni tak lah boring mana pun.

….

Ok sebenarnya aku tengah cuak gila ni, harap takda apa-apa busuk berlaku dalam masa 24 jam ni. Oh Tuhan, tolong aku.

 

Saya, sakit kepala dan Nescaffe

Panas sungguh malam ni. It has been 2 days aku tak ambil Nescaffe / kopi / 3 in 1 dan sewaktu dengannya. 

Dan aku terpaksa menanggung kesakitan dibahagian kepala dengan dahsyat sekali 😭. Sakit berdenyut-denyut di belakang tengkuk dan sekitar belakang kepala dan mata serta dahi. Fuhh! Aku telan 3 biji panadol actifast pun tak jalan 😭😭😭. Dannn bermandi minyak angin. Kah!

Untuk hari ni, sakit datang lambat sikit. Nak dekat senja baru aku sakit kepala dan aku terpaksa minta suami bancuhkan teh o sebab tak kuat nak tahan sakit berdenyut. Amazingly, sakit beransur hilang. 

Aku baru start minum ESP Shaklee yang mana pantangnya ialah caffein. Detox yang agony 😢. Arghh. Tapi aku boleh control rasa nak minum Nescaffe berbanding dulu. It is about time untuk berhenti menogak air Nescaffe kegemaran. Betapa teruk kesannya kepada kesihatan bila aku tak minum sehari 😢. 

Bye Nescaffe. Sobs. I is sad 😭.

Kepada anda semua (ada ke anda semua?) yang suka minum Nescaffe, berpada-padalah dalam pengambilan. Memang lembik, badan lesu je tak dapat tapi bahayanya kalau anda sudah terlalu sebati macam aku. Whoa bernas pula rasa tiba-tiba nasihat orang macam nih. Hihik. 

Umur pun dah banyak nombor, aku rasa kita semua dah patut tengok dan jaga kesihatan. Hahahaha. Apa bendalah aku tulis. Tapi tu la, aku cuma nak cakap aku dalam proses detox Nescaffe, dan kalau boleh teh o pun aku tanak minum. Doakan aku berjaya okay. 

Goodnight.

  

Wow, inilah ciri motivasi hidup yang saya perlukan 

Supaya aku lebih menjadi “orang”?

Atas “orang” ialah “Beyoncé”. Yelah “Beyoncé” tu macam the next level of humanity. So aku punya level bawah lagi dari level “orang” biasa. Which is “Zombie”.

Hahaha. 

Tak… tadi ada orang ajak tengok dia pam susu untuk anak dia. And aku macam… 

“Okey, apakah, kenapakah, perlukah. “

Ya mommies/people were nice today.

Maybe next time aku patut kata “Ya”, supaya aku boleh lompat ke kategori “orang” daripada level “Zombie” yang sekarang ni 🌚.

Level “Beyoncé” tu masih long way to go.

Bila nak sambung pt 2 entry sebelum ini. Tak habis lagi. Kah bajetnya aku. Jum muntah. 

29 Perkara yang saya Pelajari pt 1

Assalamualaikum,

Jom kita celebrate sempena umur aku yang ke 29 yang memasuki bulan ke 3 malam ini. Hora horey bak kata Didi & Friends tanda gembira.

1- Harga dan kecanggihan iphone tak dapat membuat kau bergaya.

SUSAH GILA NAK BUBUH LAGU/BUBUH RINGTONES. Melainkan kau beli kat Itunes. Apple betul-betul mengajar aku untuk beli yang original. Obiviously, kita tahu kenapakan? Tapi ketahuilah, apa guna bertelefon mahal kalau tak guna ringtone dari lagu kegemaran? Tell me? Tell me?

And one more thing, kalau kau tak ada wifi tolonglah berjimat data plan kau. Sebab 15GB tu tak mencukupi untuk sebulan. Sad but true.

2- Autism itu kesabaran

Autism itu kesabaran. Apatah lagi kalau kau kena handle secara tiba-tiba. It is hard people. Tapi berbalik kepada agama,

download

3- Facebook medium stress

Aku mungkin insan-insan berjiwa rapuh (rapuh campur saiton) setiap kali aku online FB, aku akan jadi pemarah. Ya pemarah, kelakar bukan? Kalau kau orang yang boleh tak rasa apa-apa tengok kawan kau orang update apa-apa, tahniah. Kau memang hebat. Dan aku jeles dengan tak rasa apa-apa kau orang tu. Tolong ajar aku.

4- Membeli rumah tidak sesusah mana

Masa aku muda dulu, aku selalu rasa beli rumah ni hal orang tua, hal yang rumit, dan memeningkan. Tapi bila aku dah tua, aku rasa proses beli rumah ni mudah je kalau kite betul-betul ready, sudah tahu lokasi, dan sudah mampu dari segi kewangan. InshaAllah.

Ke aku dah tua sekarang ni sebab tu boleh digest cerita ni?

5- Medical card/insurans itu benda yang penting.

Lepas suami aku operation apendiks, aku terus ambil keputusan untuk mengambil insurans. Masa aku muda dulu aku rasa benda ni membazir. Tapi bila dah hadapi situasi macam tu, aku rasa aku perlu ada insurans. Fikir-fikirkan tentang orang tersayang dan juga diri sendiri. Kos perubatan bukannya murah.

6- Kawan baik kau sekarang mungkin 2 orang je

Dalam banyak-banyak kawan kau dari zaman muda, mungkin 2 orang je yang ikhlas menerima kau sebagai kawan sehingga ke hari ini. Aku ada kawan yang hide newsfeed FB dari aku tengok. Aku macam, “whoaa okay”. Lantaklah.

7- Tak apa kalau kau smash orang awam sekali sekala dalam uniform kerja kau tapi BUKAN KAT TEMPAT KERJA KAU LAH. SEBAB RAKYAT MALAYSIA NI NAK MUDAH JE.

Bila dah lama kerja retailing, kadang-kadang ciri penjual tu kita bawa bersama diri kita walaupun kau pakai baju jalan. When I was in my 24-26 camtu, aku pergi shopping kasut raya kat Alamanda. Aku tengah tunggu kasut aku, cuba teka? 2 orang wanita minta kasut kat aku. “Dik, tolong cair size 5”, “Kak, nak yang ni”. Itu aku pakai baju biasa tau. ARGHHH stress.

Bila pakai uniform, tengah picit sos kat KFC pun ada orang minta sambung meja. Bila masuk Popular, orang tanya pasal buku. Pun pernah orang tanya pasal tapak kasut dengan aku padahal aku pun tengah shopping kat Metro Point. Itu pun aku dah shopping jauh dari tempat kerja aku. Jadi jawapan mudah aku, “Sorry, saya tak kerja sini”. Sebab rakyat Malaysia ni nak mudah je kan.

8- Apa yang kita paling nak, itu yang kita takkan dapat.

Kalau kau orang baca buku Kartini mungkin rasa familiar ayat ni. Hehe. Tapi ada betulnya. Kau kena buat rileks je, lepastu kau follow the flow. HAHAHAHA. Kenapa aku cakap budak hingusan ni. Werrr.

Yang aku belajar, kalau itu bukan kau punya. Kau buat la macam mana pun, memang bukan kau punya. Sebab tu kita kena percaya qada dan qadar. Hilang satu, adalah lah tu Allah nak bagi. Kita mungkin takkan dapat apa yang paling kita nak tu, tapi Allah itu sebaik perancang. Allah akan ‘gantikan’ dengan apa yang kita PALING PERLUKAN.

9- Tolong jangan percaya trailer movie 100%.

Kadang-kadang kita tengok trailer filem tu macam seronok, macam seram tapi sebaliknya berlaku bila kau dah habis tengok cerita tu rasa nak mencarut je. Aku selalu kena dengan cerita Melayu. Because of that, I am not a Malay movie fan. :D.

10- Jangan cukur bulu (kaki, tangan, misai). Ini untuk wanita.

Tolong jangan buat gila ya para wanita. Hingga kini, aku menyesal cukur bulu kaki. Sekarang dah level-level bapa gorila je rupanya. Ikutkan sangat darah muda dulu. Mujur kini dah insaf sedikit demi sedikit.

Memakai skirt tu memang lawa, tapi lawa lagi kalau kita pakai jubah macam Heliza tu.

…. sambung nanti

 

Fog.

Musim panas, udara kering, banyak penyakit.

Ketika ini saya sedang duduk dalam gelap, menghidu asap pembunuh nyamuk.

Di awal Maghrib.

 

Sambil mengatur kehidupan dari sempoa minda.

To do list, to do list.

Supaya orang berkenaan senang bila saya tua nanti.

Supaya saya senang bila tak mampu nanti.

 

Belajar-belajar pujuk hati tua sendiri. Belajar-belajar buang rasa yang tak perlu.

Demi usia, demi hati. Demi kesihatan rohani di usia 30 ini.

 

Saya dah tak mahu rasa sedih kerana diri sendiri.

Saya tak mahu ikut orang.

Dan saya tak akan ambil kesempatan di atas apa jua perkara.

Ini janji.

 

Saya masih hidup. Ada kehidupan.

Tak perlu gusar wahai Norbaqis.

“Jalani hidup seperti yang kau tahu”.

Babikan saja apa yang babi.

 

Setan, apa babi pula ni?

(-.-)

 

 

 

Brotherhood 

  Assalamualaikum,
Mula-mula sekali, bukan! Nope! Bukan saya merokok. 

Saya cuma nak cerita tentang perhubungan unik sesama kaum lelaki yang boleh dicipta melalui rokok. 

Tak ada yang kedekut kalau ada yang meminta sebatang. Mereka juga akan permurah sesama sendiri. 

“Nak rokok?”

Even between strangers pun.

Saya pernah melihat seorang uncle Cina meminta sebatang rokok kat budak Melayu sambil menghulur duit.

“Aku pun pernah buat macam tu”, kata budak laki tu. 

Amazing. Boleh memupuk perpaduan pun ada.

Mereka juga menunjukkan pertalian yg kukuh bila nak minta sikit pemetik api. Tak pernah lagi ada yang kata tak ada.

Bukan itu je, rokok pun boleh jadi mukadimah membuka bicara. Contoh yang saya pernah nampak, bapa saya dengan bakal suami. Perkara pertama yang dia tanya;

“Hisap rokok?”, sambil hulur kotak. 
That is brotherhood.

Even kawan kau minta hari-hari pun, mesti terpaksa bagi kan? Haha! Lepas tu, kau pau rokok dia pula. Tapi belum ada kot yang bergaduh sebab rokok. 

Cuma rokok dan bini memang tak ngam sampai bila-bila.

 Saya akan pastikan suami saya tengok dulu arah asap rokok tu pergi baru dia boleh merokok. Kahhh! 

Who runs the world? Soal saya.

 *flip my tudung*