Pertukaran angin.

Takde siapa pun kata keluar dari comfort zone tu senang.

Keputusan untuk membuat pertukaran angin ni dah lama aku fikir. Cuma tak jumpa masa yang sesuai. Akhirnya aku berjaya juga tukar lokasi/ cara bekerja. Tapi masih di company yang sama. Harap yang baik sahaja. Benda-benda drastik ni bukan aku lagi dah sejak kahwin. Kohkoh, jadi aku pun tak sangka aku boleh seberani begini.

Meskipun, laki gua sering memerli , “demi keluarga…”. Tapi hakikatnya, memang itulah dia. (harap suami baca) :-< *sigh*.

Alah, entri ni sebenarnya macam nak sedapkan hati aku. Haha, esok kerja. Perasaan tu belum seronok lagi. Meskipun orang kat meja kiri kanan aku ni cakap boss baru okey. Yang kelakarnya, setiap pagi kalau aku nampak boss baru aku ni, mesti aku sakit perut. Lancar je sistem perkumuhan aku. Lagi satu aku kena speaking berhabuk-habuk lepas ni. Hahaha. Aku nyanyi bolehlah. Bolehkah anda merasai kekaratan benakku?

Okey, I should be sleeping right now tapi hati aku tengah menunggu laki aku balik dari Kelantan. Harap tak perlulah kerja lama-lama. Kalau tak banyak liabiliti, dah lama aku duduk rumah je.

Macam mana nak endingkan entri ni? Hahahah. Oklah, aku kena tidur. Sobs. Esok kalau jadi nak puasa nih. Semoga yang baik akan berterusan.

Bye.