Narsistik tiba-tiba

Meng-google nama sendiri pun salah satu cabang narsistik aku kira. Tapi yang tak teruklah. Mujur aku dah delete 90% cerita silam dari internet. HAHAHAHA. Tapi rupanya masih terselit 5% lagi cerita silam. 

Dan aku terjumpa gambar ni dekat wordpress lama yang aku pun dah tak ingat passwordnya. 


Ok. Benda ni adalah senarai “things to do” aku buat kat website mana tah dalam tahun 2011. Konon-konon nak menetapkan hala tuju aku time tu. Hidup penuh dengan rasa miserable gicchew. Muda-muda dah depress tak tentu hala. Hahahah poyo betul!

So sekarang, di hujung tahun 2016 ini, jom kita tengok hasil dia -..-

1- Bali ✅

Kau pergi dalam tahun awal 2012 camtulah Baqis. So, tahniah. Tapi seriously, nak pergi lagi 🤗. 

2- Be somebody wife ✅

Alhamdulillah, kau jadi isteri orang dlm tahun 2014. Kuikuikui. So how was it? Ni kau kena jawab lagi 5 tahun. Hahahahha. 

3- Suprise someone 🌀

Ni objektif dia aku tak berapa nak faham. Budget abstrak sama kuat mengarut aku dulu. Tapi aku rasa dari 2011 till now aku banyak kali je memeranjatkan orang, sama ada dalam bentuk positif, mahupun negatif. Aci tak?

4- Berbaring di atas rumput ❎

Ni apa punya matlamat ni? Haha. Till now, aku tak pernah baring kat mana-mana rumput lagi. Jap fikir balik… hmm yep, tak pernah lagi. Last aku baring kat public, tapi beralaslah masa belajar dulu. Tengok bunga api dengan kawan-kawan universiti kat Putrajaya 🙃. Tapi aku rasa aku tau rumput yang mana aku nak baring ni time aku tulis benda ni. Hahaha! 

5- My own DSLR ❎

Belum lagi. Rasa macam tak perlu lagi kot sebab bukan pandai guna pun. Tapi aku berjaya beli kamera Instax Polaroid sebagai hadiah hantaran masa kahwin. Bagi kat suami samalah macam bagi diri kita kan? Kuikui. Barulah hipster kak Qis. 

6- Further master ❎

Aku rasa sampai disini saja. Otak aku dah berkarat. K bai.

7- Be happy 🌀

Ni on going process, setiap hari aku cuba menjadi seorang yang gembira. Serius cakap ni 😅.

8- Get a new job ❎

Still stuck dengan kerja yang sama. Cuma jawatan dah berubah. Alhamdulillah, rezeki lepas kahwin, tak lama lepas tu dapat naik position. Dalam penghujung 2014 camtu 😊. Tahniahhh Baqis! Lebih besar gajinya, lebih besar tanggungjawabnya. So far, aku rasa kau okay je kan Baqis. Walaupun tak henti-henti merungut nak berhenti 💁🏻.

9- My first gig/concert ✅

First gig kau masa tu kat PD kot. Dalam tahun 2011. Time ni Josiah Hogan tu belum berlakon lagi pun. Aku dapat pergi pun masa kejatuhan scene underground. Time ni ramai dah band indie masuk radio dan pergi mainstream. Yuna pun dah masuk Juara Lagu. Wow yeke? Ye kot 🤔. Konpideeennn je aku ni.

First concert, dalam tahun 2013. It was Yuna’s 😍. Tq kat arwah sebab bagi pinjam kredit kad dia time beli tiket. 

10- Long wavy hair ❎

Tak boleh dah nak rambut panjang, sebab gugur. So no. Asal panjang je aku gunting.

11- Braces ✅

Tahniah, sampai sengkek-sengkek kau pakai braces. Haha. Kau pakai dalam tahun 2013 kot tak silap. Lepas kahwin, baru buka 😊.

12- Flat stomach ❎

Hahahahahhahahahahahahhahahahahhaha. K baiiii.

12- Good in English communication 🌀

Ni pom belum, tapi sekarang kalau orang cakap English, aku tabuh je. Hahahah. On going process aku fikir.

4/13. Ok lahtu. Tak semua yang kita nak, kita boleh dapat, ye tak? Adalah sebab dia. Mungkin juga Allah dah gantikan dengan benda yang aku benar- benar perlu. Mungkin juga apa yang aku nak tu, sebenarnya bukanlah benda yang terbaik aku perlukan. Jadi muhasabahlah kita. 😆. 

Goodnight!