Berjanji dan Masalah

Kelmarin aku macam cari masalah. Gaduh dengan seorang hamba Allah dalam group facebook “Bilik/Rumah Sewa Taiping Terbaik” 🙊. 

Hehe. Aku sebenarnya qeqam. Sebab dia pakai gambar rumah kami sampai dua kali dalam group tu untuk cari penyewa rumah dia/kakak dia. Bukan main tak menyempat sampai kena guna 2 kali, siap gambar yang ada kain buruk mak mertua aku pun dia guna. Sebenarnya, boleh je slow talk. Tapi aku terus je lahar minah tu. Menyesal sikit sebab aku bukan jenis pandai gaduh. Bila buat camtu, rasa jahat gila. Dalam masa yang sama, aku takut beliau scammer rumah sewa. So gigih la aku edit haram jadah “bahan bukti” semua. Memang cari pasal 😑. 

Lepas aku cari pasal tu, boleh pulak dia keluarkan gambar rumah sendiri. Apa hal entah tak nak guna gambar rumah sendiri masa awal-awal dulu? Qeqam aku! Hahaha. 

Tapi aku dah minta maaf balik. Aku tolong up kan iklan untuk dia and buat cantik-cantik . Aku siap bagi watermark daa kat iklan dia. Hahaha. Aku pun sama mental 😅😝. Tapi lega perkara tu dah berlalu. Sebab mana tahu satu hari nanti aku berjiran dengan kakak dia/dia kan? Jumpa kat surau ke, bolehlah mengenang kisah ni bersama-sama. Kahh sangat!
Okey, hehe malam ni aku menyaksikan sesuatu yang membuatkan aku nak berjanji dengan diri sendiri.

“Aku akan lebih positif dimasa akan datang”.

Biar aku seorang je yang faham. Satu hari nanti aku akan tua juga 🙂. 

Kahkah, tiba-tiba tak relate. Takpa takpa. Aku tulis untuk diri sendiri. 

Penatnya bekerja bila hujung tahun ni, aku rasa nak pergi pantai 🌊. 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s