Timing yang bagus dan timing yang buruk

Timing yang bagus untuk berfikir tentang keberadaan diri sendiri. Waktu petang camgini. Sambil makan pai kambing, air kopi susu.

Hitting 30, hidup menjadi lebih serius. 
Aku dah mula belek-belek gambar laut. Mengidam-ngidam kalah macam perempuan mengandung. Kalau tak closing malam, ada juga aku minta cuti drive pergi PD. Nasib annual leave tinggal 3 hari. Hujung tahun punya penangan. Penatnya. Hari ni kena makan sedap! Aku tak kira. 

Makanlah aku sedap-sedap seorang diri. Sedap ke? Kahkah. Entah, sambil tulis bagi jiwa sedikit ringan. Kenapalah aku tak boleh jadi perempuan normal? Aku sebenarnya marah dengan diri sendiri. 

Sambil tu aku tengah tertanya-tanya macam mana orang lain nampak macam tiada masalah.  Benda yang susah tu sebab aku sendiri tau jawapannya tapi tak dapat buat. Lepas tu merungut macam orang gila. Kat sini.

Aku percaya ada je manusia tengah merasa apa yang rasa macam sekarang ni. Cuma cara nak handle berbeza dengan aku. Ada benda aku tak boleh nak cerita pakai mulut, aku lebih suka cerita begini. Secara halus. Orang lain tak faham, lantak situ. Yang penting aku nak tulis juga! (Lepas tu orang rasa aku ada masalah kemurungan). 
Bila kepenatan, suka sangat fikir aneh-aneh. Aku tengah slow-slow muhasabah diri walau aku tau macam susah nak buat. Tapi aku slow-slow hiburkan hati. 

Terlalu banyak benda rumit dan dirumitkan telah berlaku for the past few days. Kadang-kadang aku rasa aku fikir dah jauh sangat. 

Timing yang buruk untuk terlebih berfikir Baqis. 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s