I feel sick, and it is Monday.

Setiap kali bila kena closing store. Lagi-lagi hari Isnin. Isnin bermaksud, voucher yang banyak untuk dikira. Walaupun ada mesin gelek tu tapi still membayangkan sahaja dari sini aku dah rasa miserable. 11.30 pm, InshaAllah aku boleh balik rumah. Lepas tu, esoknya masuk pagi. Kah! Kerja shift ni beginilah. Malam baru jumpa laki. Kalau aku kerja pagi, nanti aku tidur dulu. Kalau dia kerja pagi, nanti dia tidur dulu. Ye ke? Ke dia je tidur dulu tak kira apa shift pun. Kah kah. Hari cuti lah kami nak bergumpal bersama-sama bertiga-tigaan. 

Dengar cerita, (ehem) kerajaan tengah kaji untuk memendekkan waktu bekerja menjadi 7jam ka 6jam, aku lupa. Elok juga kalau kampeni aku pun ikut sama. Kahkahkah. Mau bersilat orang atasan 😪. Bukan produktif pun kerja 9jam. Penat badan sebenarnya. Jimat pun jimat. Masyarakat yg kerja office hours tu bolehlah lepak-lepak rumah mengisi masa kualiti dengan keluarga. Toksah lah perabih duit kat shopping mall (tiba-tiba), barang pun mahai. Nanti habis duit, marah kerajaan. Kah kah. Cubaan apa ni Baqis? 

Yea you wish kan Baqis! Hahahaha. Tinggi aku berangan untuk mengatakan atau menjadikan kerja aku ni best. Hahahaha k bai. 

Apik yang Span 

Apik kat kampung mama

Assalamualaikum ❤️.

Hari ni saya nak cerita tentang betapa “span”nya Apik sekarang. Bukan, bukan perut dia. Tapi betapa span-nya Apik menyerap sekeliling sekarang.

Sejak kami cat dinding rumah dengan warna biru sebiji macam sekolah dia, Apik dengan tiba-tiba menunjukkan peningkatan dalam pemahaman dan juga pertuturan. 

Tapi sebelum cat rumah, dia banyak layan youtube, tengok nursery rhyme, lagu shapes and colours, ABC, nombor dan sebagainya. Semua video dicari sendiri oleh Apik, maybe by luck dengan tekan suggestion yang youtube bagi. Herr bijak. 

Then saya jadi risau sebab Apik macam occupied sangat dgn youtube. Sampai tak hairan kalau tengok Papa dia pakai seluar hensem. Takut pula dia makin tak suka ambil pot dengan sekeliling. Maka saya dengan drastik mengurangkan youtube-nya. Mungkin Allah nak bantu, tiba-tiba Apik jadi interested dengan alphabet. Dia kenal dan boleh sebut huruf randomly, walaupun pelat sikit tapi sangat membanggakan. Ini sebab Apik tak pernah tunjuk willingness untuk kenal huruf bila kami mengajar ABC.

Selain huruf, Apik dah boleh kenal warna. Sangat amazing! Bila dalam playskool, Apik tak pernah sebut langsung warna apabila ada aktiviti yang melibatkan warna. 

Tapi slang memang American, Australian, campur British 😑.

Yellow, dia sebut “yell-ow”

Green, dia sebut “gweeen”

Brown, dia sebut “brawwn”

Chicken, dia sebut “chick-en”

Yang kelakar, huruf W dia sebut “da – u”. Kah kah.

Sekarang dah pandai sebut;

“Mai” = jom (Penang)

“Nak ni” = nak tu / nak ni

“Menshishi” = nak kencing

“Nak uk” = buang air besar.

Sekarang bila saya kata, “Apik, kejut papa”.

Nanti dia akan kejut dengan tepuk bahu papa dia sambil sebut “Papa, Papa, Papa”. Tapi kalau kejut mama pun sebut papa 😅. Sambil tu dia sebut “ko kap! Ko kap”, maksud dia “wake up”. Pueh den pikir mulo-mulo tu. Hahaha.

Apik tak suka pakai baju, unless kat pengasuh atau pergi berjalan. Kadang-kadang sampai je rumah terus cabut baju, nanti dia sebut “pak chu chu”, maksud dia buka baju.

Bila dia perasan hensem depan cermin, nanti dia puji diri sendiri, “shaayaanyaa”, maksud dia cantiknya 😑. 

Apik masih belum boleh bina ayat panjang, ini pun kami dah bersyukur sangat. Kurang sikit Germannya. Sangat berbeza berbanding dulu. Kepada parents kat luar sana, jangan penat layan anak anda bila banyak bertanya dan bercakap. Hihi, kami masih lagi menunggu dia memanggil kami papa dan mama dengan betul.

Kalau mainan, dia masih suka benda bulat. Tak kisahlah bulat macam mana. Bukan buat lantun, dia akan pegang dan bawa ke mana saja. Ya kemana saja 😪. Kadang-kadang geram. Nak pakai seluar, nak basuh poopoo pun sibuk nak pegang bola. 


Yes dimana-mana. Haha. Pernah bola yang dia suka tu terpenyek (sebab dia tertidur atas bola), punyalah dia upset, menangis tak berhenti 😌. Durian pun kalau boleh dia nak pangku. Kalau bawa beli mainan pun, mesti benda bulat dia akan grab dulu. 

Alhamdulillah, sekarang dia boleh terima benda lain untuk dibuat main. Sebelum ni dia tak suka mainan, dia prefer objek sebenar untuk dibuat main. Contoh, pembaris dengan sayur. Nanti dia main potong sayur guna pembaris. Botol susu, cawan dengan bola. Nanti dia susun barang-barang tu buat main bowling. Kunci kereta dengan tombol pintu dan sebagainya.Dulu beli set boling, dia pergi humban ke bawah 😌. 

Dia sekarang suka Thomas & Friends. Kadang-kadang bila makan nasi, nanti dia akan suapkan Thomas sekali. Sayanglah tu. Hahahah. Selain dari itu dia suka pegang remote tv. Main forward sampailah saya kena rampas remote tv tu. Haha. 

Begitulah Apik sekarang. Lasak pun dah kurang sikit compare dulu. Boleh lari belikat woi. Mungkin dia dah besar, dan kami dah tau macam mana nak handle kelasakkan dia. Saya pun dah gemuk berbanding dengan tahun pertama bersama Abdul Rafiq, maksudnya tu we are doing okaylah kan. Hahahahha.

Harapan saya, semoga Apik menyerap ibarat span lagi apa yang dia boleh pelajari dan fahami disekelilingnya. Boleh berinteraksi satu hari nanti, pelat pun pelatlah. Berkeyakinan untuk berkawan dengan rakan sebaya (yang ni masih strugle). Semoga Apik boleh berbakti kepada manusia apabila besar nanti. Amin ❤️.

Thats all for tonight. Nanti cerita lagi. Gigihnya sekali lagi menaip panjang guna phone. K bai.