Stress


Hidup siapa yang tak pernah stress kan? 😕.

Contoh macam sekarang, Apik tgh stress dgn aku sebab control remote tv.  

Isteri-isteri Datuk Red mesti tgh stress laki depa nak tambah lagi madu. Datuk ke Dato’?

Haha. 

Aku rasa aku kena kurangkan berfikir. Layan je benda-benda yang aku tak suka ni demi kesejahteraan masa depan nanti. K bai.

Tanjat kita.

Semalam bertalu-talu wordpress punya notification masuk. 

WordPress saya diwujudkan atas dasar suka-suka. Masa sekolah dan bujang saya ada 2-4 blog, bila baca balik, saya delete. Sebab saya rasa mcm ada penyakit jiwa (emo terlebih), ayat nak deep saja. Gitu. 

Hehe, patutlah, kakak tampal link kita kat blog dia. U made me kraiiii kak Moon 😭. Kat kantin tempat kerja pula tu. Sob sob. Nasiblah orang nampak ke tak. Ailabiyu. 

Nanti kita update lagi pasal Mat Rapik. Sebab mungkin ramai nak tahu. Dia okey je. Tengok perut dia! Kah kah kah! 

Doakan kami agar kami tabah menempuhi segala cabaran. Supaya Rafiq dapat membesar seperti kanak-kanak lain. 

Ok nak siap pergi kerja. Yosh 💪🏻.

Mengurangkan rasa tak best malam ini

Dengan menulis tentang sahabat. 

Semakin dewasa semakin kurangnya orang yg kita boleh panggil kawan. Lebih2 lagi kalau kita sudah berumah tangga. 

Dgn kerja sebagai seorang retailer, aku hilang byk kawan sbb tak dpt join planning2 happening ketika weekend, terlepas kenduri, terlepas majlis dan sebagainya. 

Dan aku semacam rasa ada yg sampai hidden news feed dia dari aku pun ada kot 😂. Tapi lantak dia lah kan. Tak ku pasti mengapa ini terjadi. 

Dah tua2 begini kalau ada seorang yg faham dan link dgn aku dlm sarkasm, yg sanggup dengar kesusahan aku, yg menangis tiba2 dgn aku (kah kah), yg happy masakkan utk aku, terima aku apa adanya, itu dah cukup bagus bukan? 

Aku cuma harap kami boleh berkawan sampai bila2.