Brotherhood 

  Assalamualaikum,
Mula-mula sekali, bukan! Nope! Bukan saya merokok. 

Saya cuma nak cerita tentang perhubungan unik sesama kaum lelaki yang boleh dicipta melalui rokok. 

Tak ada yang kedekut kalau ada yang meminta sebatang. Mereka juga akan permurah sesama sendiri. 

“Nak rokok?”

Even between strangers pun.

Saya pernah melihat seorang uncle Cina meminta sebatang rokok kat budak Melayu sambil menghulur duit.

“Aku pun pernah buat macam tu”, kata budak laki tu. 

Amazing. Boleh memupuk perpaduan pun ada.

Mereka juga menunjukkan pertalian yg kukuh bila nak minta sikit pemetik api. Tak pernah lagi ada yang kata tak ada.

Bukan itu je, rokok pun boleh jadi mukadimah membuka bicara. Contoh yang saya pernah nampak, bapa saya dengan bakal suami. Perkara pertama yang dia tanya;

“Hisap rokok?”, sambil hulur kotak. 
That is brotherhood.

Even kawan kau minta hari-hari pun, mesti terpaksa bagi kan? Haha! Lepas tu, kau pau rokok dia pula. Tapi belum ada kot yang bergaduh sebab rokok. 

Cuma rokok dan bini memang tak ngam sampai bila-bila.

 Saya akan pastikan suami saya tengok dulu arah asap rokok tu pergi baru dia boleh merokok. Kahhh! 

Who runs the world? Soal saya.

 *flip my tudung*

Edit

Rasa perlu edit balik penggunaan dan pilihan ayat entri sebelum ini. Tunggang-langgang.

Tolong belanja laptop 😭. 

Ini untuk Abdul Rafiq

  Assalamualaikum, 
Hari ini saya nak bercerita tentang anak saya. Meet Abdul Rafiq people. Sekarang Rafiq sudah 5 tahun. Pada tahun lepas Rafiq di diagnosis sebagai anak autistik kategori mild.

  Saya mula menjaga dia kira-kira dua tahun yang lepas. Ketika itu umurnya baru mencecah 3 tahun. Timbul kerisauan dalam ibu mertua saya, Rafiq masih belum boleh bercakap dengan betul dan sukar memahami percakapan orang sekeliling. Sebelum ini, Rafiq duduk dengan neneknya.

Kami positifkan diri, mungkin selepas Rafiq bersama kami mudah-mudahan dia akan mula bercakap. Tapi selepas beberapa lama, Rafiq masih tidak memanggil kami “papa”, “mama”. Tidak memahami apabila kami cuba berkata-kata dengannya. Dia juga sering mengelak berlaku eye contact, hanya fokus ketika melihat tv. Dan Rafiq juga seorang yang hyper, meloncat tak berhenti tanpa penat. Sering tantrum melampau tanpa kami fahami apa sebabnya. Sehingga saya menjadi sangat risau bila berdua dengan Rafiq kerana saya tidak faham macam mana nak handle, dia berbeza daripada kanak- kanak sebayanya.

Kemudian, kami decide untuk hantar Rafiq ke playschool yang terletak di Jalan Reko. Oh, Rafiq tak mahu bergaul dengan kanak-kanak sebayanya. Dia lebih cenderung berkomunikasi dengan orang dewasa. Semasa sesi screening, pihak playschool mendapati Rafiq kurang peka dengan keadaan sekeliling, tidak memahami permintaan para cikgu, dan low eye contact. Cikgu disana menyarankan kami melakukan OT dan speech therapy untuk Rafiq dengan Teacher Fanny, membuka terapi secara persendirian.

Bermulalah perjalanan kami ke Bandar Utama dan Shah Alam setiap minggu, 2 jam sesi bersama Teacher Fanny. She is the best in OT 👍🏻.  Rafiq “hanya” mendengar arahan dari beliau sahaja 😌. Sebaliknya pula dengan cikgu speech Rafiq, mungkin orangnya lembut. Pencapaian agak kurang di situ. 

Setelah beberapa bulan, Rafiq boleh pegang sudu dengan betul, duduk di kerusi lebih dari 3 minit, dan bermacam lagi. Tapi terapi ini terpaksa dicutikan kerana kami kurang kemampuan ketika itu. Sejam kelas terapi bersamaan RM 150. 2 jam bersamaan RM 300. Setiap minggu. Kalau sebulan? Kami hanya “supervisa” cabuk di sebuah kedai peruncitan.

Kami ikhtiar cara lain pula. Kami tukar pengasuh kepada pengasuh yang lebih ramai menjaga kanak-kanak. Ketika ini kami boleh nampak perbezaannya, sangat mendadak. Rafiq “dipaksa” bergaul dengan kanak-kanak sebayanya. Serba sedikit Rafiq kutip perkara-perkara positif. Rafiq tidak lagi menggunakan pampers, sudah mula minta susu, meniru bunyi-bunyian dan menyanyi. Paling cemerlang, dia boleh menyebut; “aduu acitnye” (aduh sakitnya) 😂.

Sebelum Syawal tahun lepas, kami hantar Rafiq ke NASOM untuk mengconfirmkan masalah Rafiq. Ada doktor mengatakan Rafiq menghidapi ADHD. Ternyata, Rafiq disahkan autism kategori mild. Kami bersyukur sebab dia masih mild. Kalau betul cara, insyaAllah Rafiq bole catch up balik, seiring dengan perkembangan kanak-kanak seusianya. 

Kami cuba daftarkan Rafiq ke badan NGO yang menyediakan OT dan speech therapy sekitar rumah kami. Malang sekali, hingga sekarang tiada panggilan. Bayarannya murah, tetapi kanak-kanak terlalu ramai sehingga tiada seat kosong untuk Rafiq. Hampa. 

*Badan NGO ini dibiayai oleh sebuah gereja. Susah sekali nak jumpa tempat-tempat begini yang murah*

Akhirnya pencarian tadika untuk Rafiq berhenti di Qhalif Excel, ya tempat pertama kami mula-mula hantar Rafiq untuk screening process. Kami nekad untuk beri 100% dengan kelas intensif yang ditawarkan disini. Saya tertarik kerana pengasas playschool ini ; memahami dilema ibu bapa yang mempunyai anak autistik, kemana harus dihantar anak sekolah, apa harus dilakukan, dan sebagainya. Saya recommend sangat playschool ini. Selain kelas Xtra ini, Qhalif Excel juga menawarkan kelas untuk kanak-kanak biasa. *satu hari nanti saya cerita lagi*.

Oh ya, Rafiq juga menghadiri OT, di HUKM setiap bulan. Appointment dengan pakar kanak-kanak masih lagi dalam waiting list, hanya boleh berjumpa pada bulan 4 ini. Walaupun setiap bulan, to be honest kami masih belum ada satu kelas OT pun dengan HUKM. Kadang-kadang pakarnya terlalu sibuk, dibatalkan saat-saat akhir kerana tidak sihat dan bermacam lagi kekangan (mungkin kurang tenaga pengajar). Sebab itu kami mahu fokus lebih dengan kelas di Qhalif Excel (walaupun seminggu sekali). Nurse di sana juga menyarankan kami membuat OT diluar supaya Rafiq “terisi” sebelum berjumpa pakar bulan April ini. 

Oklah nanti saya sambung lagi. Ada sesiapa nak belanja laptop. Online dari handphone adalah sangat memenatkan 😑. Ok, jumpa lagi. Thanks for reading. 

Company yg sedang downsize-kan pekerja

Assalamualaikum,

Cuti CNY masih belum habis. Selagi tak habis cutinya, selagi itu haru-biru suasana pekerjaan saya.

Oh, list materialistik saya untuk bulan lepas tu dah tak relevan bila saya baca balik hari ini. Haha! *Melayu sungguh aku :p*. Buku entah ke mana saya sorok daripada anak dari dikoyak. Sekarang teragak nak beli kipas yang berhawa dingin tu (-.-).

Tiada banyak berlaku. Oh saya stress dan cepat marah selepas mengaktifkan balik akaun facebook. Saya tak tahu kamu orang, tapi saya tak tahan tengok update-update hebat dari kawan-kawan. Ya ini kelemahan saya sekarang. So saya akan menghilang untuk 2,3 bulan dari sekarang. Haha! Demson.

Baru-baru ini saya dikejutkan (dan rakan secompany) dengan berita tentang pengecilan tenaga kerja. Eh saya tak tahu kalau ada orang besau dari tempat kerja membaca artikel ini, adakah saya akan dibuang kerja? Aahhh lantaklahhh.

Rata-rata rakan dari store bergred C akan “dipindahkan” ke store bergred B atau A atau HQ. Ramai dari mereka sudah beranak-pinak, dan ada yang mula berkerja sejak 30++ tahun yang lepas. Jawatan mereka akan dihapusi, dengan cara transfer atau kalau kau tak transfer, sila hantar surat berhenti. Bijak juga otak Jepun. Kalau diberhentikan, mesti kena bayar some sort of pampasan kan? Imagine lah?

Secara logiknya, kalau bujang mungkin tak terasa sangat jika dihantar berjauhan keluarga. Cuma kasihan gila untuk orang yang sudah hidup matinya dgn company, 1 familinya pernah kerja kat company yg sama.

Sambil berfikir mengenainya, saya tetiba kecanduan tadi. Haha! Saya jadi super rajin membuat planning event dan fair untuk division saya (mencari extra sales). Wargh, apa pun saya nak ucap terima kasih kat bekas Bos saya sebab bagi tunjuk ajar apa patut saya buat semasa saya dibawah didikannya. *no wonder aku nangis gila babi masa farewell party*. 

Teringat pesanan beliau:

1- tolong ajar orang guna formula kat excel

2- tolong ajar orang kira stock card

 Bagi saya, saya ok ja kalau kena hantar sebab saya dah bosan gila dekat sini. Bukan tak pernah cuba melarikan diri tahun lepas, tapi tak dilepasi oleh pihak atasan. Saya pernah apply dengan anak syarikat company berhad yang saya berkerja sekarang (sebuah company ala Ikea). Dengan alasan, jikalau saya mahu join company itu, saya wajib letak jawatan. Tunggu 6 bulan selepas itu baru saya boleh apply kembali jawatan yang ada. Haha. Unless, saya minta bidang lain. 

Tapi rezeki belum lagi :(.

Lepas melihat nasib kawan-kawan saya yang lain, saya terasa kedudukan saya di sini tidak terjamin. Kepala otak asyik suruh saya belajar menjahit. Haha. Hmmm haihh. Entahlah, saya sebenarnya dah tak tahan dengan area kerja saya ini. 

Entahlah. Ok, cerita lagi nanti.