#1. Pengenalan

 

Assalamualaikum.

Entri pengenalan. Hai semueee, nama saya Baqis. Saya cuba tulis perkara yang baik-baik dan tak mahu tulis perkara emosi seperti 5-7 tahun lepas kerana saya baru sahaja mencecah 29 tahun. Seorang isteri dan seorang ibu. Bekerja di sebuah syarikat peruncitan terletak dipinggiran bandar. Cewah. Diserang sawan stress, maka terhasillah wordpress ini (yang ketiga). Ketika saya menulis, berat saya sudah mencecah 60kg, barangkali lebih. Daripada 49kg setahun yang lepas. Sila tangisinya Baqis.

Saya sangat suka menulis. Sampaikan boyfriend dulu-dulu kata bercinta dengan alam maya. Ini cara saya mengekspresi diri. Orang lain mungkin tak faham. Tapi saya peduli apa. Bukan saya kera sumbang pun, saya masih lagi normal dan bercakap-cakap dengan orang sekeliling. Saya memang sangat suka menulis.

Kehidupan di hujung Disember bagi seorang peruncit adalah sgt bertekanankan. Faham ke? Ia memaksa saya memotong rambut saya seperti Chibi Maruko dan membeli shampoo anti gugur yang mahal di pekan Bahau. Menjelaskan lagi leher berlapis. Jangan risau, saya seorang yg bertudung. Masalah memalukan ini hanya suami yang tahu.

Bahkan saya turut menangis meminta izin suami membenarkan saya berhenti kerja. Apakan daya, saya banyak liabiliti dan harus membantu keluarga kecil saya. Serius saya menangis. Kerana tak tahan dengan cara kerja di company. Dan paling utama, ketuanya. Dan juga, saya masih belum ada pekerjaan yang lain.

Saya terpaksa mendelete akaun ymail dan blogspot saya untuk memberi effect “ringan” di dalam handphone saya. Supaya saya tidak berserabut memikirkan kehidupan lama saya. Haha. Takpelah, memang saya syok sendiri dan faham sorang-sorang. Dan mewujudkan akaun jobstreet yang baru. HAHAHAHA. Mungkin saya akan delete akaun facebook saya juga. Facebook made me sad.

Inilah cabaran hidup. Saya percaya, Allah tidak akan bagi sesuatu ujian kalau kita tak mampu hadapinya. Dalam susah, pasti ada senangnya. Selalulah ingatkan diri pasal ni Baqis. Cubalah memudahkan benda yg dihadapi, dan jangan lari dan juga jangan bertangguh-tangguh.

Ini sahaja untuk malam ini. Saya terlampau penat (tapi ada masa buat wordpress baru), besok bercadang masuk lewat sikit. Haha. Ok folks, besok kita buat entry baru kalau ada kelapangan.

Selamat malam ;).